Message dari Fallen World

Salam,

Terima kasih kerana sudi menjengah masuk dan membaca e-novel saya.

Minta maaf jika ada kekurangan. Semua novel dalam ini hanya saya tulis dalam genre fantasi. Semuanya tidak kena mengena dengan hidup ataupun mati. Ianya hanya rekaan semata-mata.

Setiap karya dalam blog ini hak milik ANA KEYSHA. Copy&Paste tidak dibenarkan sama sekali.

Jangan lupa juga tinggalkan komen anda. Supaya saya tahu pandangan anda mengenai e-novel saya.

Lots of love,
Ana Keysha. <3

Jumaat, 30 Ogos 2013

City of Veans - BAB 1


Sesebuah cerita pasti ada permulaan…

AKU berlari. Semakin laju langkahku. Peluh di dahi aku kesat. Jantung sudah bergerak laju. Kakiku yang sakit aku hiraukan. Yang penting aku ingin meninggalkan lelaki yang sedang mengejarku dibelakang. Sangat menyeramkan. Laju langkahku. Bermacam bunyi aku dengar sepanjang jalan raya itu. Tapi aku hiraukan. Rasa takut itu hilang bila mengenang lelaki yang mengejarku tanpa henti. Langkahku besarkan.

Tercungp-cungap aku dibuatnya. Itu tidak penting. Yang penting sekarang laariiiii……

Sakit di bahagian kaki semakin terasa. Sudah banyak darah mengalir, semakin lebat jadinya. Penuh dengan tompokan merah pada bahagian hujung seluarku. Walaupun seluarku berwarna hitam, masih nampak kesannya. Menikan rasanya. Apa harus aku buat? Sedangkan nyawa aku lebih penting berbanding kakiku yang berdarah ini. Aku mengurut kepala. Memikirkan sesuatu.

Bila aku pandang belakang. Tiada lagi bayang-bayang lelaki mengejar aku. Aku mengurut dada berasa lega. Mungkin dia sudah pergi. Aku melabuhkan punggung betul-betul di tengah jalan raya yang hanya diterangi oleh tiang lampu yang terpacak sepanjang jalan raya itu. Agak seram juga, bila hanya ada aku seorang sahaja. Ah, hiraukan sajalah.

Bot kasut aku buka. Seluar aku selak tinggi hingga ke paras lutut. Stoking aku buka. Baru aku nampak luka di kakiku. Ada paku yang mencucuk kakiku. Sangat dalam. Aku pejamkan mata. Paku itu aku cabut perlahan. Perit rasanya!! Sudah berjaya aku mengurut dada. Kesan luka itu aku bersihkan menggunakan stokingku. Selesai, aku sarung bot ke kakiku tanpa stoking. Ak bangun dan berdiri.


Aku melangkah perlahan, lagipun bayang-bayang itu tidak ada lagi. Timpang aku berjalan. Semakin banyak darah keluar. Aku menahan sakit sambil menggigit bibirku. Walau kaki aku patah sekalipun, tetapii nyawa aku tidak diambil itu sudah baik. Nyawa aku lebih penting. Dan lelaki itu…entah aku tidak tahu apa maunya.

Hush….hush…hush…hush….

Tiba-tiba sahaja ada bunyi orang melintas di belakangku. Aku cuba menenangkan diri. Aku hiraukan. Mungkin ada hantu yang ingin mengangguku. Apa lagi di tengah malam ini. Makin bertambah seramnya.

Hush…hush…hush…hush…

Lagi. Aku sudah mengigil ketakutan. Aku beriak tenang. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Aku lajukan langkahku ke hadapan. Tiba-tiba bayang-bayang itu berhenti betul-betul dihadapanku. Aku terkejut. Jantung bergerak laju. Jelas tidak nampak muka lelaki itu, kerana disekelilingny dipenuhi dengan asap. Aku mengundur selangkah ke belakang. Aku takut.

“Apa kau mahu ?” tanyaku kasar.

“Aku mahu bunuh engkau!” suaranya seperti orang berbisik tetapi seram bagiku. Aku hanya nampak taring giginya. Aku sudah tidak terdaya untuk berkata apalagi. Dengan langkah yang laju aku berlari meninggalkan dia.

Makin laju langkahku, bila bayang-bayang lelaki itu semakin dekat. Laju aku berlari. Lelaki itu semakan mendekat. Sekilas kepala aku menoleh ke belakang. Tidak ada. Tiada? Mana dia?

“Cari aku? Ingat kau akan terlepas?” dia betul-betul berada di hadapan aku. Aku berpaling belakang. Tetapi tidak berjaya dia ada di mana-mana.

“Apa kau nak sebenarnya ? Aku tidak ada apa-apa!!” herdikku. Aku geram dengan lelaki ini. Mengejar aku tanpa henti.

“Memang. Memang kau ada sesuatu pada kau. Serahkan barang itu kepada aku, atau aku bunuh engkau !!” ugutnya.

“Barang apa ? Aku tidak ada barang yang kau mahu”

“Ada…lebih baik kau serahkan sebelum aku bunuh engkau !!”

Aku mengeleng kepala. Aku tidak tahu apa yang dimahunya. Aku melangkah laju. Laju meninggalkan dia. Tetapi malang aku sudah tidak terdaya untuk berlari lagi. Tekak kering, dahaga. Tiada air yang boleh membasahi tekak ini. Tetapi aku hiraukan semua itu. Kakiku melangkah laju.

Vroom!!!

Tiba-tiba sebuah kereta Meredites berwarna hitam berhenti betul-betul ditengah jalan raya. Langkahku juga turut terhenti. Seorang lelaki keluar daripada bahagian pemandu. Lelaki itu memakai kaca mata hitam. Aku kerukan dahi. Apa lelaki itu sedang buat?

Bila aku toleh belakang bayang-bayang itu sudah dekat denganku.

“Arrghh!” jeritku. Lelaki berkaca mata hitam itu berjaya menghalangku daripada di bunuh oleh bayang-bayang itu.

“Masuk kereta” bisiknya.

Aku kerutkan dahi.

“Masuk kereta CEPAT!!!” jeritnya. Segera aku meloloskan diri dalam kereta mewah itu. Dari dalam aku nampak mereka tengah berbincang sesuatu. Lelaki kaca mata hitam itu mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya. Pisau. Tajam. Tetapi dapatkah dia membunuh lelaki itu menggunakan pisau? Sedangkan lelaki itu hanya bayang-bayang…

Bila aku pandang. Bayang-bayang itu sudah tidak ada. Mustahil. Aku menggosok-gosok mataku. Betul tidak ada. Lelaki kaca mata hitam itu melangkah mendekati pintu kereta. Dia masuk dan melabuhkan punggung di bahagian pemandu. Seatbelt di pasang.

Dia menoleh ke arahku. “Seatbelt” bila dia berkata terus aku menarik seatbelt. Gear dimasukkan. Berderum keretanya.

Bila aku lihat hala yang ditujunya, ini bukan jalan ke rumah aku. Dia hendak bawa aku ke mana?

“Encik, rumah saya guna jalan raya sebelah sana”

“Siapa kata aku nak bawa kau balik ke rumah kau”

Aku kerutkan dahi. “Habis tu kita nak pergi mana ?”

“Holocaust”         

“Ah?”

***


MELOPONG mulutku bila kereta Meredites milik encik kaca mata hitam ini berhenti betul-betul dihadapan rumah mewah yang mempunyai lebih dari dua tingkat. Sebelum masuk ke dalam kawasan rumah ini, ada papan tanda berlabel “WELCOME TO THE HOLUCAUST”. Seram pula rasanya. Apatah lagi ada burung hantu bergayut pada ranting kayu. Sungguh aku tidak sedar bila sampai ke kawasan rumah ini.

Bila celik sahaja mata, kereta sudah menghampiri kawasan gate rumah ini. Baru aku tersedar. Lelaki disebelahku hanya diam dan fokus pada panduannya. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Aku rasa kebosanan, tanpa sedar mataku terus terpejam. Sehinggalah aku tidak sedar yang sekarang aku berasa di rumah yang gah ini.

“Jom masuk” ajaknya. Aku terkebil-kebil, lantas mengekorinya dari belakang. Baru sahaja ingin menapak ke pintu utama, automatik pintu itu terbuka untuk kami. Aku terkejut.

Sekali lagi, melopong mulutku melihat isi rumah. Kaca-kaca kristal yang terhias di dalam almari menarik perhatianku. Juga perabot rumah yang agak seperti English Style. Nampaknya rumah ini tidak menggunakan elektrik, hanya lilin-lilin menjadi lampu rumah ini. Hampir terlupa aku. Cepat aku melangkah mengikutinya.

Seorang perempuan mendekati kami. Jelas nampak sahaja dari cara pakaiannya pasti pembantu rumah ini atau lebih mudah digelar sebagai Maid. Lelaki itu memberhentikan langkahnya. Seperti ingin berkata sesuatu.

“G, tolong sediakan satu bilik kosong dan juga tab air berisi air panas atau suam-suam” arahnya tegas. Perempuan itu menunduk kepala tanda hormat.

“Baik, tuan” jawabnya.

Langkah dimajukan dan dia berhenti lagi. “Lagi satu, tolong bersihkan luka di kaki dia” aku memandang pelik. Aku tunduk melihat kakiku yang masih mengalirkan darah. Baru aku sedar kakiku tercucuk paku. Tapi rasa sakitnya sudah hilang. Ajaibnya!


“Eh, tak apa. Tak sakit lagi” aku cuba membantah. Aku tidak mahu menyusahkan dirinya lagi. Sudah nasib baik dia menyelamatkan aku di tengah jalan raya yang sepi.

“Kaki awak banyak kuman. Kalau tidak dibersihkan akan menjadi penyakit. Awak mahu mati hanya kerana darah?” ada ketegasan pada suaranya. Aku akur dan membontoti maid bernama G itu ke tingkat atas. Malas aku hendak bertekak.

Di tingkat atas, aku melintasi beberapa buah bilik. Setiap bilik ada yang berlabel NORMAN, LARA, MELISA ISKANDAR, RAYYAN ISKANDAR, AIZAD ISKANDAR, AIDAN ISKANDAR dan terakhir sekali ‘MELIA R ISKANDAR’ ?

Aku memandang pelik. MELIA, itu memang nama aku. Tetapi kenapa ada ISKANDAR di hujungnya? Dan sekarang G berhenti di hadapan pintu yang berlabel MELIA ISKANDAR. G membuka pintu bilik. Bilik yang hanya diterangi oleh lilin kecil. Gelap tetapi boleh nampak jelas ketika berada di dalam bilik.




Kakiku melangkah menghampiri katil bersize single. Patung bear putih ada diletakkan di bahagian tengah katil. Agak pelik. Biliknya tidaklah seseram bilik ini. Gelap pula tu. Yang penting kena bersyukur.

“Cik, sebentar lagi saya bersihkan luka di kaki cik. Kalau mahu mandi, bilik air ada tersedia di ruang sebelah kiri. Tuala dan pakaian cik sudah saya sediakan di dalam almari” ujar G sebelum berlalu keluar.

Aku mengangguk kepala.

Punggung dilabuhkan ke atas katil. Badannya direhatkan. Belum sempat mengira jam atau masa, matanya sudah tertutup rapat. Mungkin kerana keletihan. 

***

IAN, siapa dia?”

“Melia”

“Melia? Mana Ian jumpa dia?”

“Tak tahu”

“Ian! Serius sikit boleh tak? Di mana Ian jumpa Melia? Bagi tahu kakak sekarang!” herdik Melisa.

“Ian tak tahu! Ian tak ingat! Please jangan serabutkan otak Ian” hambur Ian lagi. Melisa mengetap bibir. Dia berpeluk tubuh memandang adiknya.

“Dia tahu siapa dia yang sebenarnya ?”

“Entah. Ian tak tanya dia lagi”

“Ingat pesan ayah. Jangan beritahu dia selagi dia tidak tahu siapa diri dia yang sebenar. Lagi satu, jangan beritahu siapa kita yang sebenarnya. And, jangan suruh dia tinggalkan rumah ini. Never!” pesan Melisa.

“Kenapa?”

“Dia dalam bahaya”

“Bahaya? Bahaya apa? Dia bukannya apa-apa pun” sinis kata Ian.

“Ian tak tahu. Kakak boleh tengok. Ian tak ingat perkara tadi?”

Ian cuba mengingatkan kembali perkara yang berlaku semalam. Tetapi otaknya langsung tidak berfungsi untuk mengingatkan perkara-perkara semalam. Bagaimanakah dia boleh lupa? Sedangkan dia boleh mengingati sesuatu perkara dengan mudah, tetapi perkara semalam langsung tidak tersimpan dalam memorinya.

“Tak. Ian tak ingat”

“Macam mana boleh?”

Mereka berdua berdiam diri. Masing-masing memikirkan sesuatu. Lantai menjadi tumpuan mereka berdua. Ian hanya diam memandang tingkap. Manakala Melisa menunduk memandang lantai.

“Hanya Melia sahaja tahu jawapannya” ujar Melisa dengan penuh yakin.

“Melia?”

“Well, well, kita ada tetamu baru di sini?” tiba-tiba Aidann muncul dari tingkat atas. Ian dan Melisa memandang Aidan pelik.

“Apa maksud Aidan?” tanya Melisa.

Aidan duduk di atas sofa sambil tangannya memegang kelas kaca yang berisi Wine. “Aidan boleh hidu dan Aidan boleh dengar ada suara baru dalam rumah ini. Siapa dia?”

“Melia” serentak Ian dan Melisa menjawab.

“Melia? Melia Norman?”

Ian mengangguk kepala.

 “Our soon will be Hero of Veans?” kakinya disilangkan. Winenya diteguk.

Ian dan Melisa memandang sesama sendiri.

“Mungkin…” hanya itu jawapan dari mulut Melisa. Kemudian masing-masing mendiamkan diri. 


City of Veans - PROLOG


JANGAN!! Jangan ambil anak aku!!!” jerit seorang perempuan yang baru sahaja selesai melahirkan anak. Tidak terdaya lagi untuknya bergerak. Lelaki itu sudah bertindak laju. Air mata mula mengalir. Si suami hanya mampu memeluk bahu si isteri. Tidak ada apa yang dapat dilakukan. Hanya dapat melihat si anak kecil pergi di ambil orang.

“MELIA!!! Anak mama!!” jerit perempuan itu lagi. Makin deras air mata mengalir membasahi pipi. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Si suami mengelus rambut si isteri. Tidak terdaya untuk berkata apa-apa, kerana dia juga turut merasa sedih.

“Sabar sayang…sabar” ucap si suami perlahan. Dia cuba menenangkan si isteri. Isterinya di bawa ke dalam pelukan. 

***

VEG, apa kita nak buat dengan bayi ini? Dia tidak ada apa-apa” bisik Quest. Bayi dalam dukungannya sedang enak dibuai lena. Mereka terbang perlahan agar bayi dalam dukungan Que tidak terganggu dari lena.

“Dia ada sesuatu. Ada sesuati yang berkuasa” balas Veg. Mereka mendarat di atas jalan raya yang agak sepi. Que menyerahkan bayi dalam dukungannya itu kepada Veg.

Veg sibuk, meneliti setiap inci tubuh milik si bayi kecil itu. Langsung tidak ada sesuatu yang ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya. Veg mendengus marah.

“Shot! Takkan mereka tidak tinggalkan apa-apa. Mustahil!” marah Veg.

“Kan aku dah cakap Veg, bayi ini tidak ada apa-apa”

Veg sudah panas. Tidak dapat ditahan lagi. Dalam otaknya sekarang hanya satu perkara. Satu perkara yang akan mendatangkan maut.

“Que, jom gerak!” mereka berdua terbang ke atas langit meninggalkan bayi itu keseorangan. Bayi itu masih dalam lenanya. Tidak terngangu setiap satu suara pun. Ajaib sungguh!

***

BEBERAPA minit kemudian, tangisan si isteri mulai reda. Si suami meleraikan pelukan. Ingin tahu adakah si isteri sudah tidak menangis lagi. Si isteri meraba-raba sesuatu di bahagian lehernya. Habis laci meja diberkasnya. Tidak terjumpa barang yang dicarinya. Selimut diselak. Habis bertaburan barang olehnya. Si suami memandang pelik.

“Sayang, sayang cari apa ni?” tanya si suami.

“Rantai. Rantai Narnia”

Si suami memalingkan si isteri menghadapnya. Si isteri sudah cemas. Rantai yang dicarinya tiba-tiba sahaja hilang.

“Abang dah pasangkan ke leher Melia. Jangan risau dia akan selamat” tenang si suami berkata.

“Tapi abang…rantai itu…”

“Abang tahu. Tiada orang akan nampak rantai itu selain orang-orang Veanic sahaja. Bila dia dewasa nanti dia akan tahu, abang sudah beritahu Pern Randland tentang ini semua. Abang sudah tahu apa akan terjadi bila dia besar nanti. Sayang jangan risau, dia akan membesar dengan selamat. Bila masanya nanti…The Randland akan menjaga dia” tutur suaminya.

Si isteri melabuhkan punggung di atas sofa. Begitu juga si suami. “Abang, abang tahu tak betapa bahayanya dunia Miracle itu? Dia bukan manusia abang. Dia lain. Dia…” luah si isteri.

“Abang tahu. Melia lain dan kita juga lain. Abang tidak risau kerana abang tahu dan abang nampak apa yang akan terjadi. Dia seorang anak yang bijak, kuat, tidak takut, tabah dan berani. Sama macam kita. Macam sayang dan juga abang. Dia akan menjadi yang terbesar di antara kita semua” si isteri hanya tersenyum pilu. Kepala dilentokkan ke bahu suaminya.

“Tapi abang…kenapa? Kenapa Melia yang dipilih untuk mengharungi semua itu? Tidakkah ada orang lain selain Melia? Melia anak kita abang…” rintih hati si isteri.

“Sebab…” belum sempat dia berkata muncul lembaga besar dihadapan mereka.

“ABANG!!!!” jerit si isteri. Lampu tiba-tiba tertutup. Si suami sudah jatuh ke atas lantai. Darah mula mengalir dari dada. Veg dan Que muncul di dalam keadaan yang gelap-gelita. Kepala si suami di bawa ke pahanya.

“Hello, Lara. Nampaknya kita bertemu lagi” sapa Veg.

“Apa kau mahu?”

“Aku mahu Narnia”

“Narnia tidak ada. Aku dah buang”

“Kau jangan nak tipu aku. Sebelum maut kau datang, lebih baik kau beritahu aku” ugut Veg. Mata Veg melirik ke arah Que. Dia memberi arahan.

Que mengangguk faham. Leher Lara di cengkam kuat. Tanda dia sedang mengugut. “Aku tak akan beritahu kau tentang Narnia. Tak akan!”

Veg menghampiri Lara. Dia menundukkan kepala.

“Nampaknya kau lebih inginkan kematian daripada kehidupan”

Kuku telunjuknya ditujukan betul-betul ke leher Lara. Sedikit lagi menusuk ke leher Lara. “Selamat tinggal, Laraku” kukunya menusuk ke dalam leher Lara sebelum berbisik sesuatu. Berlumuran darah keluar dari leher Lara. Rebah dia ke atas lantai di sisi suaminya.

"Melia..." itulah kata terakhir yang disebutnya sebelum memejamkan mata. Mungkin sudah waktunya untuk dia meninggalkan dunia Veans. Waktunya sudah sampai. Selamat tinggal Veans...

Vegro dan Quest meninggalkan mereka berdua. Mereka terbang ke atas langit seperti tidak berlaku sesuatu. Jelas kelihatan dari riak wajah mereka ada senyuman. Seperti dunia ini sudah menjadi milik mereka. Dalam hati mereka sudah tertawa dengan riangnya. Selamat tinggal Norman, Lara ucapnya dalam hati.