“JANGAN!!
Jangan ambil anak aku!!!” jerit seorang perempuan yang baru sahaja selesai
melahirkan anak. Tidak terdaya lagi untuknya bergerak. Lelaki itu sudah
bertindak laju. Air mata mula mengalir. Si suami hanya mampu memeluk bahu si
isteri. Tidak ada apa yang dapat dilakukan. Hanya dapat melihat si anak kecil
pergi di ambil orang.
“MELIA!!!
Anak mama!!” jerit perempuan itu lagi. Makin deras air mata mengalir membasahi
pipi. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Si suami mengelus rambut si isteri.
Tidak terdaya untuk berkata apa-apa, kerana dia juga turut merasa sedih.
“Sabar
sayang…sabar” ucap si suami perlahan. Dia cuba menenangkan si isteri. Isterinya di bawa ke dalam pelukan.
***
“VEG,
apa kita nak buat dengan bayi ini? Dia tidak ada apa-apa” bisik Quest. Bayi
dalam dukungannya sedang enak dibuai lena. Mereka terbang perlahan agar bayi
dalam dukungan Que tidak terganggu dari lena.
“Dia
ada sesuatu. Ada sesuati yang berkuasa” balas Veg. Mereka mendarat di atas
jalan raya yang agak sepi. Que menyerahkan bayi dalam dukungannya itu kepada
Veg.
Veg sibuk, meneliti setiap inci tubuh milik si bayi kecil itu. Langsung tidak ada
sesuatu yang ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya. Veg mendengus marah.
“Shot!
Takkan mereka tidak tinggalkan apa-apa. Mustahil!” marah Veg.
“Kan
aku dah cakap Veg, bayi ini tidak ada apa-apa”
Veg sudah panas. Tidak dapat ditahan lagi. Dalam otaknya sekarang hanya satu
perkara. Satu perkara yang akan mendatangkan maut.
“Que,
jom gerak!” mereka berdua terbang ke atas langit meninggalkan bayi itu
keseorangan. Bayi itu masih dalam lenanya. Tidak terngangu setiap satu suara
pun. Ajaib sungguh!
***
BEBERAPA minit kemudian, tangisan si isteri mulai reda. Si suami meleraikan pelukan.
Ingin tahu adakah si isteri sudah tidak menangis lagi. Si isteri meraba-raba
sesuatu di bahagian lehernya. Habis laci meja diberkasnya. Tidak terjumpa
barang yang dicarinya. Selimut diselak. Habis bertaburan barang olehnya. Si
suami memandang pelik.
“Sayang,
sayang cari apa ni?” tanya si suami.
“Rantai.
Rantai Narnia”
Si
suami memalingkan si isteri menghadapnya. Si isteri sudah cemas. Rantai yang
dicarinya tiba-tiba sahaja hilang.
“Abang
dah pasangkan ke leher Melia. Jangan risau dia akan selamat” tenang si suami
berkata.
“Tapi
abang…rantai itu…”
“Abang
tahu. Tiada orang akan nampak rantai itu selain orang-orang Veanic sahaja. Bila
dia dewasa nanti dia akan tahu, abang sudah beritahu Pern Randland tentang ini
semua. Abang sudah tahu apa akan terjadi bila dia besar nanti. Sayang jangan
risau, dia akan membesar dengan selamat. Bila masanya nanti…The Randland akan
menjaga dia” tutur suaminya.
Si
isteri melabuhkan punggung di atas sofa. Begitu juga si suami. “Abang, abang
tahu tak betapa bahayanya dunia Miracle itu? Dia bukan manusia abang. Dia lain.
Dia…” luah si isteri.
“Abang
tahu. Melia lain dan kita juga lain. Abang tidak risau kerana abang tahu dan
abang nampak apa yang akan terjadi. Dia seorang anak yang bijak, kuat, tidak
takut, tabah dan berani. Sama macam kita. Macam sayang dan juga abang. Dia akan
menjadi yang terbesar di antara kita semua” si isteri hanya tersenyum pilu.
Kepala dilentokkan ke bahu suaminya.
“Tapi
abang…kenapa? Kenapa Melia yang dipilih untuk mengharungi semua itu? Tidakkah
ada orang lain selain Melia? Melia anak kita abang…” rintih hati si isteri.
“Sebab…”
belum sempat dia berkata muncul lembaga besar dihadapan mereka.
“ABANG!!!!”
jerit si isteri. Lampu tiba-tiba tertutup. Si suami sudah jatuh ke atas lantai.
Darah mula mengalir dari dada. Veg dan Que muncul di dalam keadaan yang
gelap-gelita. Kepala si suami di bawa ke pahanya.
“Hello,
Lara. Nampaknya kita bertemu lagi” sapa Veg.
“Apa
kau mahu?”
“Aku
mahu Narnia”
“Narnia
tidak ada. Aku dah buang”
“Kau
jangan nak tipu aku. Sebelum maut kau datang, lebih baik kau beritahu aku” ugut
Veg. Mata Veg melirik ke arah Que. Dia memberi arahan.
Que mengangguk faham. Leher Lara di cengkam kuat. Tanda dia sedang mengugut. “Aku
tak akan beritahu kau tentang Narnia. Tak akan!”
Veg menghampiri Lara. Dia menundukkan kepala.
“Nampaknya
kau lebih inginkan kematian daripada kehidupan”
Kuku
telunjuknya ditujukan betul-betul ke leher Lara. Sedikit lagi menusuk ke
leher Lara. “Selamat tinggal, Laraku” kukunya menusuk ke dalam leher Lara sebelum berbisik sesuatu. Berlumuran darah keluar dari leher Lara. Rebah dia
ke atas lantai di sisi suaminya.
"Melia..." itulah kata terakhir yang disebutnya sebelum memejamkan mata. Mungkin sudah waktunya untuk dia meninggalkan dunia Veans. Waktunya sudah sampai. Selamat tinggal Veans...
Vegro
dan Quest meninggalkan mereka berdua. Mereka terbang ke atas langit seperti tidak
berlaku sesuatu. Jelas kelihatan dari riak wajah mereka ada senyuman. Seperti
dunia ini sudah menjadi milik mereka. Dalam hati mereka sudah tertawa dengan riangnya.
Selamat tinggal Norman, Lara ucapnya dalam hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan